Rabu, 17 Julai 2013

KORBAN HARTA,KORBAN JIWA

Perhatikan,Allah suruh berjihad dengan mengorbankan harta dahulu kerana apabila seseorang itu telah sanggup mengorbankan hartanya,maka dia akan sanggup mengorbankan nyawanya bila diperlukan tetapi kalau dia tidak sanggup mengorbankan hartanya janganlah diharap dia dapat berjuang hingga terkorban nyawanya.
Harta yang dikorbankan oleh manusia akan dijanjikan akan diganti oleh Allah sedangkan nyawa yang suda terkorban tidak dapat diganti semula melainkan dibalas syurga.

Wahai orang-orang yang beriman,mahukah AKU tunjukan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih.
iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu,yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu,jika kamu mengetahuinya( hakikat yang sebenar )
As-saf 61,10-11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan